Saturday, February 16, 2013

gunung kinabalu n me



Pernah dulu mak bertanya ''abg cik nak duduk sabah tu sampai bila???''.. jawapan dia ringkas ''sampai abg cik dapat pergi tempat paling tinggi di sabah n malaysia.''
mungkin tak jadi harapan pada sesetengah orang...tetapi menjadi impian pada diri ini...

Hari yang dinantikan dah tiba ...untuk trip kali ini seramai 12 orang menyertai ..(sorang perempuan ) wooo kental jiwa dia ..

( antara batalion2 yang ikut trip)

untuk pendakian kali ini kekuatan fizikal memang tak bersedia langsung ..jadi doa serta kekuatan mental diperlukan ..yelah nak masuk ''rumah orang ''..kenalah beradab , masuk tempat orang bawak otak bukan pisau :)

SUDAH SAMPAI KUNDASANG 

kira-kira jam 10.00 pagi rombongan mendaki sampai di kundasang,perkara paling penting PENDAFTARAN..korang nak daki kena daftar dulu di pintu masuk dia ok ..dia akan bagi pas mendaki 

KAKI GUNUNG

Teruja .... itu mampu dikatakan ..umm bila tengok jer gunung ni dari tempat pendaftaran tadi memang rasa was2 sikit ... mampoo ke aku nih hahaha ....  untuk rekod terpantas korang tengok la sendiri ....

persoalan disini ..mampu ker pecahkan rekod diorang nih ...
2 jam setengah jer hahaha..pakai jin ape

PENDAKIAN BERMULA(TIPS)

Pada mulanya kami bergerak dalam satu group ,biasa lah semua bertenaga lagi kan... 
Dalam suku pendakian kami berformasi kepada dua group ..
Tips berguna di sini ..
::::korang daki ikut kemampuan diri korang, 
:::bergerak menaiki tangga dalam pergerakan zig zag ..tah la rasa macam mudah dan menjimatkan tenaga

(zig zag wokehhh)

:::cari seorang kawan yang seorang kawan yang ada ciri-ciri berikut::
>pandai sikit-sikit dalam fotografi ni 
>kuat semangat dan mempunyai stamina lebih kurang anda
>sentiasa berfikiran positif

(kawan ialah bila yang sanggup susah senang bersama)

:::jangan fikir macam ni...''bilalah nak sampai puncak'' .. korang akan rasa penat lagi berfikir macam tu bukan penat mendaki :)
:::boleh berhenti berehat dipondok-pondok yang disediakan di sepanjang jalan ,tapi jangan ambil masa terlalu lama,nanti jadi malas nak teruskan perjalanan , cukup sekadar berehat ,minum air n teruskan perjuangan korang ..

SAMPAI DI PERHENTIAN PERTAMA

Untuk trip kali ni kami memilih untuk berehat di stesen komunikasi tldm bukan di laban rata .. (dah nama pakej save budget)

group pertama saya sampai dalam pukul 4 petang
so boleh lah kami rehat-rehat dulu sementara tunggu group kedua sampai
...setelah semua berbincang dan bersetuju kami nak meneruskan perjalanan jam 11 malam ke raban lata.. 

(sempat lagi melayan hindustan tuuu)

dah tu amek peluang manjakan diri sebelum pukul 11 malam
:::solat yang tertinggal korang boleh jamak ,di sini semua kelengkapan lengkap,sayangnya tak semua orang boleh ikut pakej ni.. :(

 (chef gunung !!!)

PERJALANAN KE LABAN RATA

Pukul 11 jer kitaorang dah siap-siap untuk teruskan perjalanan , saya orang yang terawal bersiap, kami kena sampai ke laban rata dalam jam 2 pagi ,untuk teruskan perjalanan ke puncak gunung (awal-awal dah bahagi dua group..dan saya tentulah di group yang pertama (4 orang) ikut stamina katakan...hehehe
Tepat jam 2 pagi sampai di laban rata dan seterusnya mendaki ke puncak..( kekuatan fizikal dah takda,cuma mental je yang tinggal disini)
(tips: kitaorang rancang bergerak malam kerana laluan tu tak terasa tinggi dan lebih mencabar)


AKHIRNYA....

(gambar pertama zel tangkap)

Kira -kira jam 6.30 pagi saya dah menjejakkan diri ke puncak gunung... subahanallah T.T 
indah tak terkata ...perasaan bercampur-campur (penat,gembira,terkesima)
:::cuaca - 06 darjah masa ni:::

AL BADI'I (maha menciptakan keindahan)

Allah menciptakan alam semesta dengan sangat indah, yang belum pernah dibuat oleh siapa pun. Langit dan bumi dengan segala macam tumbuhan, sungai, gunung, dan lainnya terlihat indah. Allah memang pencipta segala keindahan karena tidak ada yang bisa menandingi-Nya. Segala sesuatu yang diciptakan Allah merupakan keajaiban dan keindahan karena sejatinya Allah itu indah dan senang kepada semua yang indah.' :')

JOM PULANG :)


( kat gunung ni rupanyer kalo anda perasan)

(saya  sentiasa bawa mereka dalam hati saya kemanapun :)

Duduk menghayati keindahan gunung sampai tak sedar dah pukul 09.30pagi... masa untuk turun.
dalam trip kali ini hanya enam orang anggota yang sampai ke puncak ,yang lain (Paham-paham :-p)
      nak turun rasa macam tak mampu da badan ni :( ..kami kumpul beramai-ramai di laban rata ,sarapan dan mulakan penurunan gunung pulak -.-''dan jam 10.40 pagi bermula
-Saya merupakan orang pertama sampai di kaki gunung kira-kira jam 12.40 tengahari(berlari)
sementara tunggu kawan-kawan sampai sempat tertidur di kaki gunung.. jam 3.30 petang semua sudah sampai dan kami pergi ambil sijil kemudian bergerak balik  kota kinabalu :') 

seminggu berjalan terkengkang-kengkang hambik ko rizel ..nak berlari sangat hahahaha...



 Mak....cantikkan atas ni :')














Friday, January 25, 2013

PERALATAN MENDAKI GUNUNG KINABALU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hari berlalu dan terus berlalu, maka jika diizinkan olehNya ,maka esk teman akan memulakan misi menawan puncak Gunung Kinabalu..
ok duit pakej dah kasi ,rm 250 jer, ini semua kawan teman yang menguruskan..janji ada tempat tido,berehat n makannn..(perot ni sentiasa berirama)

Okehh..kalo diikotkan hari ni teman koje ,tapi teman mintok kelepasan dari incharge  tempat koje , teman ckp kat dia yang teman nok beli brg 2 nak mendaki.. dia bereh je ngan teman ...

Lepas je solat jumaat ,teman start skuter puteh teman tu, arah yang dituju ke shopping kompleks yg terhampir, 1 borneo.. kat sini brg2 mahal siket regenya,tp teman dah sediakan duit ,kata org udoh di asing2 ,yang mana ptt simpan kita simpan,yang perlu beri pada mak ayah kita beri ,alhamdulillah setakat ni cukup :)

Lagipun da listkan senarai brg2 yg perlu je  ..
Dah sedia maklum yang gunung kinabalu 2 tempat sejuk kan ..ok kat sini teman share brg2 yg perlu dibawa ok  ..teman ada menanyekan pada kawan2 yang pernah daki

1. Kasot
Nak mendaki gunung..kena ada kasot yang mencengkam bumi(ayatt buku komik hahaha), Setakat ni teman masih percayakan kualiti kasot adidas teman, teman dapat ngagok yg kasot 2 lasak, kome boleh la g kedai2 kasot ,cri yang outdoor punya, camel ,timberland pun ok .kalo kome kaki daki gunung la, kalo dah pasang niat "ni yang pertama dan terakhir nak mendaki " baik kome g bundle, cri yang murah tp ada kualiti sket ..

2.Sweater
Ha ..ni penting ,yang ni teman x beli,sbbnya teman ada byk sweater ,pakai mana yang ada je,tapi ciri2 sweater kenala yang tebal,kalo yang kalis air n ada pelindung kepala 2  lagi chantek bhaaa..

3. Sarung tangan
Yang ni teman nak beli,tp ada kwn teman dia kasi yang terbaek punya,dia bg teman pinjam ,hmm hajat nak membeli teman simpan jela.hahaha ,sarung tangan sebaik2nya kome cari yang tebal n kalis air..sbbnya di atas sana akan kena daki menggunakan tali ,so x lah melecet n licin tangan kome 2

4. Snow cap
Ni untok mengurangkan kesejukan tahap atlantik kutob babun sana.. cari yang bleh tutup telinga ok

5. Ubat -ubatan
Teman ligat pergi farmasi tanya penjual 2 ,"kak ,ubat nak mendaki gunung apa yg best ek" (best abah ko)hahaha
Kak penjual jawab "err adik nak ubat apa ,ada panadol ,minyak panas , ubt otot ,ubat mabuk,plaster "
.....
"Err.. kak bg la sume "(dah hakikat x tau pasal ubt2 ni,makan pun jarang) jadi pada kome suma,beli je semua hahahaha..

6. Camera / telefon bimbit
Ni penting!!!! Kalo x da menda ni ,xda la kenangan bila kat atas sana nanti ..pastikan ada casing yang sesuai ,tkt kome jatoh ,teman cuma berbekalkan handphone  sIII  ngan powerbank teman je ,hehe ..

7. Peralatan mandi yang minimum
ada jual kat giant nuu,cri yang paling simple ok

8. Makanan ringan
Bab2 makan ni teman paling suke haha
(Kawal2)
Untok trip kali ni ,teman beli byk coklat ..udoh kawan2 ckp 2 yang sesuai ..kata deme makin nk ke tempat tinggi makin kuat kadar kelaparan nya hahaha ,beli roti jugak kot ,tp x berat ke beg?? Haha

9. Head lamp
Mendaki ke puncak dalam pukul 3 pagi ,so harap maklum kome ek

Ok lagi tips untok kome:
- bawa brg yang perlu ,minimakan peralatan dan brg dalam beg ,sebabnya makin tinggi nak daki ,makin terasa beban pulak nanti
-pasang niat dalam hati yang murni ,suci (mcm iklan pulak)
-pakai seluar yang sesuai ,tahan lasak
-beli baju hujan yang paling murah dan mudah di bawa..

Sekian untok kali ni , nak tido awl n pasang mimpi
segala yang baik datang dariNya
Segala kekurangan dari teman., iyeaa

P/s: dalam post kali ni teman gunakan loghat perak ,homesick katanye T.T

Kat bwh ni brg2 teman beli :D

Wednesday, January 23, 2013

AZAM YANG TERCICIR :D

“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim..

Hui.. mengada nk luah kt blog jugak ,alasannya nak share sedikit cite tentang diri yang x seberapa lengkap ni..alhamdulillah masih bertugas di negeri orang,dah masuk taun yang ke-4 bila la dpt tukornye :'(
Apa nk cite ekk..
ok masuk taun baru orang kata azam baru..tp azam dari taun2 yg lepas belum tercapai lg ,cuma tahun ni perancangannya nak tawan puncak gunung kinabalu , sebenarnya diri ni dibebani dengan ketidakstabilan emosi,jadi cara menanganinya ialah dgn melakukan aktiviti yang lasak,mencabar ,yg x semua orang boleh buat, setakat ni,penah daki bukit2 yang ada di sekeliling tempat keje ni je ..hehehe
Tu pun dah penat nak muntah ..hmm masa kian hampir latihan fizikal x pun nak buat ,sebabnya bz dengan koje ..so bekalnya mental jelah,harap2 kuat mental ni,nak lebih bekal aku hangkut jugak tangki  oksigen ke atas nuu(kalo mampoo)
Kali ni citenya exited nak mendaki ,so lepas mendaki leh la upload2 gambor cantik atas sana ..nantikan yea
Hmm,setakat aktiviti mendaki ni la yang da cnfirm untuk tahun bru ni ,lain2 aktiviti akan di post (kalo rajin)
ok la utk kali ni ,nanti update lg
Bye :D