Saturday, February 16, 2013

gunung kinabalu n me



Pernah dulu mak bertanya ''abg cik nak duduk sabah tu sampai bila???''.. jawapan dia ringkas ''sampai abg cik dapat pergi tempat paling tinggi di sabah n malaysia.''
mungkin tak jadi harapan pada sesetengah orang...tetapi menjadi impian pada diri ini...

Hari yang dinantikan dah tiba ...untuk trip kali ini seramai 12 orang menyertai ..(sorang perempuan ) wooo kental jiwa dia ..

( antara batalion2 yang ikut trip)

untuk pendakian kali ini kekuatan fizikal memang tak bersedia langsung ..jadi doa serta kekuatan mental diperlukan ..yelah nak masuk ''rumah orang ''..kenalah beradab , masuk tempat orang bawak otak bukan pisau :)

SUDAH SAMPAI KUNDASANG 

kira-kira jam 10.00 pagi rombongan mendaki sampai di kundasang,perkara paling penting PENDAFTARAN..korang nak daki kena daftar dulu di pintu masuk dia ok ..dia akan bagi pas mendaki 

KAKI GUNUNG

Teruja .... itu mampu dikatakan ..umm bila tengok jer gunung ni dari tempat pendaftaran tadi memang rasa was2 sikit ... mampoo ke aku nih hahaha ....  untuk rekod terpantas korang tengok la sendiri ....

persoalan disini ..mampu ker pecahkan rekod diorang nih ...
2 jam setengah jer hahaha..pakai jin ape

PENDAKIAN BERMULA(TIPS)

Pada mulanya kami bergerak dalam satu group ,biasa lah semua bertenaga lagi kan... 
Dalam suku pendakian kami berformasi kepada dua group ..
Tips berguna di sini ..
::::korang daki ikut kemampuan diri korang, 
:::bergerak menaiki tangga dalam pergerakan zig zag ..tah la rasa macam mudah dan menjimatkan tenaga

(zig zag wokehhh)

:::cari seorang kawan yang seorang kawan yang ada ciri-ciri berikut::
>pandai sikit-sikit dalam fotografi ni 
>kuat semangat dan mempunyai stamina lebih kurang anda
>sentiasa berfikiran positif

(kawan ialah bila yang sanggup susah senang bersama)

:::jangan fikir macam ni...''bilalah nak sampai puncak'' .. korang akan rasa penat lagi berfikir macam tu bukan penat mendaki :)
:::boleh berhenti berehat dipondok-pondok yang disediakan di sepanjang jalan ,tapi jangan ambil masa terlalu lama,nanti jadi malas nak teruskan perjalanan , cukup sekadar berehat ,minum air n teruskan perjuangan korang ..

SAMPAI DI PERHENTIAN PERTAMA

Untuk trip kali ni kami memilih untuk berehat di stesen komunikasi tldm bukan di laban rata .. (dah nama pakej save budget)

group pertama saya sampai dalam pukul 4 petang
so boleh lah kami rehat-rehat dulu sementara tunggu group kedua sampai
...setelah semua berbincang dan bersetuju kami nak meneruskan perjalanan jam 11 malam ke raban lata.. 

(sempat lagi melayan hindustan tuuu)

dah tu amek peluang manjakan diri sebelum pukul 11 malam
:::solat yang tertinggal korang boleh jamak ,di sini semua kelengkapan lengkap,sayangnya tak semua orang boleh ikut pakej ni.. :(

 (chef gunung !!!)

PERJALANAN KE LABAN RATA

Pukul 11 jer kitaorang dah siap-siap untuk teruskan perjalanan , saya orang yang terawal bersiap, kami kena sampai ke laban rata dalam jam 2 pagi ,untuk teruskan perjalanan ke puncak gunung (awal-awal dah bahagi dua group..dan saya tentulah di group yang pertama (4 orang) ikut stamina katakan...hehehe
Tepat jam 2 pagi sampai di laban rata dan seterusnya mendaki ke puncak..( kekuatan fizikal dah takda,cuma mental je yang tinggal disini)
(tips: kitaorang rancang bergerak malam kerana laluan tu tak terasa tinggi dan lebih mencabar)


AKHIRNYA....

(gambar pertama zel tangkap)

Kira -kira jam 6.30 pagi saya dah menjejakkan diri ke puncak gunung... subahanallah T.T 
indah tak terkata ...perasaan bercampur-campur (penat,gembira,terkesima)
:::cuaca - 06 darjah masa ni:::

AL BADI'I (maha menciptakan keindahan)

Allah menciptakan alam semesta dengan sangat indah, yang belum pernah dibuat oleh siapa pun. Langit dan bumi dengan segala macam tumbuhan, sungai, gunung, dan lainnya terlihat indah. Allah memang pencipta segala keindahan karena tidak ada yang bisa menandingi-Nya. Segala sesuatu yang diciptakan Allah merupakan keajaiban dan keindahan karena sejatinya Allah itu indah dan senang kepada semua yang indah.' :')

JOM PULANG :)


( kat gunung ni rupanyer kalo anda perasan)

(saya  sentiasa bawa mereka dalam hati saya kemanapun :)

Duduk menghayati keindahan gunung sampai tak sedar dah pukul 09.30pagi... masa untuk turun.
dalam trip kali ini hanya enam orang anggota yang sampai ke puncak ,yang lain (Paham-paham :-p)
      nak turun rasa macam tak mampu da badan ni :( ..kami kumpul beramai-ramai di laban rata ,sarapan dan mulakan penurunan gunung pulak -.-''dan jam 10.40 pagi bermula
-Saya merupakan orang pertama sampai di kaki gunung kira-kira jam 12.40 tengahari(berlari)
sementara tunggu kawan-kawan sampai sempat tertidur di kaki gunung.. jam 3.30 petang semua sudah sampai dan kami pergi ambil sijil kemudian bergerak balik  kota kinabalu :') 

seminggu berjalan terkengkang-kengkang hambik ko rizel ..nak berlari sangat hahahaha...



 Mak....cantikkan atas ni :')














1 comment:

  1. assalamualaikum, boleh sy tahu pakej ni tak? yg anda ada comment dlm blog seseorang naik hanya rm300 sahaja? boleh email sy tak? ASAP? terima kasih :)
    -fsyukriah@hotmail.com-

    ReplyDelete