Pernah dulu mak bertanya
''abg cik nak duduk sabah tu sampai bila???''.. jawapan dia ringkas ''sampai
abg cik dapat pergi tempat paling tinggi di sabah n malaysia .''
mungkin tak jadi harapan
pada sesetengah orang...tetapi menjadi impian pada diri ini...
Hari yang dinantikan dah
tiba ...untuk trip kali ini seramai 12 orang menyertai ..(sorang perempuan )
wooo kental jiwa dia ..
( antara batalion2 yang ikut trip)
untuk pendakian kali ini
kekuatan fizikal memang tak bersedia langsung ..jadi doa serta kekuatan mental
diperlukan ..yelah nak masuk ''rumah orang ''..kenalah beradab , masuk tempat orang bawak otak bukan pisau :)
SUDAH SAMPAI
KUNDASANG
kira-kira jam 10.00 pagi
rombongan mendaki sampai di kundasang,perkara paling penting PENDAFTARAN..korang nak daki kena daftar dulu di pintu
masuk dia ok ..dia akan bagi pas mendaki
KAKI GUNUNG
Teruja .... itu mampu
dikatakan ..umm bila tengok jer gunung ni dari tempat pendaftaran tadi memang
rasa was2 sikit ... mampoo ke aku nih hahaha .... untuk rekod terpantas
korang tengok la sendiri ....
persoalan disini ..mampu
ker pecahkan rekod diorang nih ...
2 jam setengah jer hahaha..pakai jin ape
PENDAKIAN
BERMULA(TIPS)
Pada mulanya kami
bergerak dalam satu group ,biasa lah semua bertenaga lagi kan ...
Dalam suku pendakian
kami berformasi kepada dua group ..
Tips berguna di sini ..
::::korang daki ikut
kemampuan diri korang,
:::bergerak menaiki
tangga dalam pergerakan zig zag ..tah la rasa macam mudah dan menjimatkan
tenaga
(zig zag wokehhh)
:::cari seorang kawan
yang seorang kawan yang ada ciri-ciri berikut::
>pandai sikit-sikit
dalam fotografi ni
>kuat semangat dan
mempunyai stamina lebih kurang anda
>sentiasa berfikiran
positif
(kawan ialah bila yang sanggup susah senang bersama)
:::jangan fikir macam
ni...''bilalah nak sampai puncak'' .. korang akan rasa penat lagi berfikir
macam tu bukan penat mendaki :)
:::boleh berhenti
berehat dipondok-pondok yang disediakan di sepanjang jalan ,tapi jangan ambil
masa terlalu lama,nanti jadi malas nak teruskan perjalanan , cukup sekadar
berehat ,minum air n teruskan perjuangan korang ..
SAMPAI DI PERHENTIAN
PERTAMA
Untuk trip kali ni kami
memilih untuk berehat di stesen komunikasi tldm bukan di laban rata .. (dah
nama pakej save budget)
group pertama saya
sampai dalam pukul 4 petang
so boleh lah kami
rehat-rehat dulu sementara tunggu group kedua sampai
...setelah semua
berbincang dan bersetuju kami nak meneruskan perjalanan jam 11 malam ke raban
lata..
(sempat lagi melayan hindustan tuuu)
dah tu amek peluang
manjakan diri sebelum pukul 11 malam
:::solat yang tertinggal
korang boleh jamak ,di sini semua kelengkapan lengkap,sayangnya tak semua orang
boleh ikut pakej ni.. :(
(chef gunung !!!)
PERJALANAN KE LABAN
RATA
Pukul 11 jer kitaorang
dah siap-siap untuk teruskan perjalanan , saya orang yang terawal bersiap, kami
kena sampai ke laban rata dalam jam 2 pagi ,untuk teruskan perjalanan ke puncak
gunung (awal-awal dah bahagi dua group..dan saya tentulah di group yang pertama
(4 orang) ikut stamina katakan...hehehe
Tepat jam 2 pagi sampai
di laban rata dan seterusnya mendaki ke puncak..( kekuatan fizikal dah
takda,cuma mental je yang tinggal disini)
(tips: kitaorang rancang bergerak malam kerana laluan tu tak terasa tinggi dan lebih mencabar)
AKHIRNYA....
(gambar pertama zel tangkap)
Kira -kira jam 6.30 pagi
saya dah menjejakkan diri ke puncak gunung... subahanallah T.T
indah tak terkata
...perasaan bercampur-campur (penat,gembira,terkesima)
:::cuaca - 06 darjah masa ni:::
AL BADI'I (maha
menciptakan keindahan)
Allah
menciptakan alam semesta dengan sangat indah, yang belum pernah dibuat oleh
siapa pun. Langit dan bumi dengan segala macam tumbuhan, sungai, gunung, dan
lainnya terlihat indah. Allah memang pencipta segala keindahan karena tidak ada
yang bisa menandingi-Nya. Segala sesuatu yang diciptakan Allah merupakan
keajaiban dan keindahan karena sejatinya Allah itu indah dan senang kepada
semua yang indah.' :')
JOM PULANG :)
( kat gunung ni rupanyer kalo anda perasan)
(saya sentiasa bawa mereka dalam hati saya kemanapun :)
Duduk menghayati keindahan gunung sampai
tak sedar dah pukul 09.30pagi... masa untuk turun.
dalam trip kali ini hanya enam orang
anggota yang sampai ke puncak ,yang lain (Paham-paham :-p)
nak turun rasa macam
tak mampu da badan ni :( ..kami kumpul beramai-ramai di laban rata ,sarapan dan
mulakan penurunan gunung pulak -.-''dan jam 10.40 pagi bermula
-Saya merupakan orang pertama sampai di
kaki gunung kira-kira jam 12.40 tengahari(berlari)
sementara tunggu kawan-kawan sampai sempat
tertidur di kaki gunung.. jam 3.30 petang semua sudah sampai dan kami pergi
ambil sijil kemudian bergerak balik kota
kinabalu :')
seminggu berjalan terkengkang-kengkang
hambik ko rizel ..nak berlari sangat hahahaha...
Mak....cantikkan atas ni :')













assalamualaikum, boleh sy tahu pakej ni tak? yg anda ada comment dlm blog seseorang naik hanya rm300 sahaja? boleh email sy tak? ASAP? terima kasih :)
ReplyDelete-fsyukriah@hotmail.com-